Feb 12, 2010

Setelah Sebulan ;)

"Cikgu, kan best kalau hari-hari macam ni...."

"Apa maksud kamu?"

"Tak ada apa-apa..."

Kami terus berjalan bersama. Makan aiskrim sama-sama. Dia saya lihat sangat gembira.

::Learn and Explore::

Sebulan berpraktikum sebagai Guru Pelatih, banyak yang saya peroleh. Melalui refleksi 'wajibtulis', segala kekuatan dan kelemahan dianalisa. Kesimpulan: Semakin hari, semakin baik.

Perkara yang paling besar saya ubah tentang diri ialah hal ketegasan. Dahulu, anak-anak kecil suka kelilingi saya disebabkan watak 'kartun' yang ada dalam diri. Erm, kini perkara itulah yang saya cuba ubah. Lebih tegas, lebih tegas, lebih tegas, DAN terus menyayangi secara konsisten.

[Saya mahu mereka tahu: saya sahabat mereka]


Semakin saya mendalami jiwa seorang kanak-kanak, semakin saya melihat kepentingan untuk mendapingi mereka. Jiwa dan rasa mereka yang tidak boleh dipandang enteng!

Jiwa kanak-kanak adalah rapuh. Di saat itulah asas peribadinya , konsep diri dan keyakinan mereka terbentuk. Sekiranya proses pembentukan diri itu diganggu dengan pelbagai macam uji dan mehnah (yang tidak dirasionalkan), maka ianya akan meninggalkan impak negatif setelah mereka dewasa.

Begitulah juga sebaliknya.

Dan, saya melihat diri saya di situ. Untuk membimbing, merawat, meneman dan membantu mereka untuk celik akal melihat dunia. Isunya, pembentukan jatidiri sangat penting sejak kecil lagi. Diri mereka seharusnya melalui pelbagai perkara yang boleh dijadikan teladan masa depan, berwarna-warni dan bahagia bersama yang tersayang

::Inovasi dari "Teori Wajib Ada'::

Untuk mengawal kelas, saya gunakan 'Carta Kawalan Kelas". Berkonsepkan teori modifikasi tingkahlaku, konsep 'denda dan hukuman' digunapakai. Jika berbuat baik, point akan diberi. Hujung setiap bulan, point tertinggi akan diberikan hadiah.

Nah, tak payah saya jerit-jerit atau marah-marah. Murid-murid Simpang Empat sangat faham.

Mulut juga rajin memuji dan mendorong kini. Saya belajar: Manusia makin cemerlang apabila didorong, digalakkan dengan pujian. Jiwa akan besar dan akan mencetuskan perubahan baik

Turut baru semasa praktikum ialah cadangan "Satu Murid Satu Buku Nota". Harapan saya, murid-murid rajin menyediakan nota dan sekaligus mengurangkan masalah mereka dalam subjek seperti Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.

::Hadiah dari Tuhan::

Di Simpang Empat saya tidak sunyi. Ada Kak Azilah dan Miza. Rumah sewa kami baru dipenuhi televisyen, dan peti sejuk [Dulu tak ada tu semua. Memang mati kutu..hehe]. Kawasan sekeliling juga cukup mengujakan. Jiran tetangga yang baik hati, hujung minggu bersenamrobik, ada ceramah dan sebagainya.

Petang-petang saya diteman adik dan Hakim bertawaf di taman perumahan kami. Ibu-ibu dan bapak-bapak sangat ramah dan mengalukan kehadiran Cikgu Azian ke Simpang Empat. Cukup terharu.

Semoga segalanya lancar. Saya mengharapakan restu semua dan doa yang selamanya. Di saat sendiri saya mengembara, saat saya jauh dari dipantau ayah dan mak, Tuhan memberikan pelbagai perkara yang indah di sekeliling saya. Saya tak kesunyian. Terima kasih Tuhanku.


Pengalaman memberikan ceramah kapada ibu bapa merupakan kenangan yang cukup berharga. Biarpun diberi tugasan itu pada waktu akhir, namun saya berjaya melaksanakannya dengan baik.

Banyak lagi perkara perlu dipelajari......daa ;)

2 comments:

mira said...

rindu kamu :)

Anonymous said...

rindu kamu juge... =)